30 Januari 2024, Selasa – Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka bersama rakan kerjasama strategik Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menganjurkan Program Professional Communication Exercise: Industry On Campus Symposium (PiCaSo) 3.0 2024. Program ini merupakan pembentangan poster secara fizikal bagi projek pelajar semester 5, program Diploma in English for Professional Communication (LG120) bagi subjek Professional Communication Exercise (ELS304) dengan penglibatan pihak industri.Program dijalankan bertempat di Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program telah diketuai oleh Dr. Ameiruel Azwan bin Ab Aziz, Pensyarah Kanan, UiTM Cawangan Melaka bersama Ahli Jawatankuasa dari Akademi Pengajian Bahasa dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Manakala, panel industri terdiri daripada Dr. Wan Farah Wani Wan Fakhruddin, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Malaysia, Puan Nik Rahila Wan Ibrahim, Pensyarah Kanan, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka, Puan Nazatul Melissa Othman, Head of Translation And Book Services Division, Malaysian Institute of Translation and Books (ITBM) dan Encik Izzul Naim, Pengarah Pengurusan, NL Studio.

Program yang melibatkan sebanyak 42 pembentangan poster oleh pelajar telah disempurnakan oleh Puan Siti Zuraina Binti Gafar @ Abd Ghaffar, Penyelaras Program Diploma in English for Professional Communication (LG120) bagi subjek Professional Communication Exercise (ELS304), Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka beserta sesi perkongsian dari panel industri yang hadir di akhir sesi.

Antara objektif program ini dianjurkan adalah :

1. Memberi pendedahan kepada para pelajar program Diploma in English Professional Communication (LG120) mengenai suasana pembentangan sebenar dalam persekitaran kerjaya di industri

2. Memperkenalkan potensi para pelajar kepada pihak industri serta mendapatkan maklumbalas daripada pihak industri

3. Mewujudkan kolaborasi yang boleh memberi manfaat kepada program Diploma in English for Professional Communication (LG120) khasnya dan kepada UiTM Cawangan Melaka secara amnya

4. Meningkatkan visibility UiTM Cawangan Melaka

Setinggi tahniah kepada semua pembentang dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *