Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah melancarkan pelaksanaan Program Cakna Minda Galakan Membaca dengan tema “JOM KITA BACA!” pada 21 November 2023.

Pinjaman buku secara bulk loan telah diserahkan kepada wakil setiap Bahagian / Unit yang dipilih untuk diletakkan di setiap sudut “IQRA’ CORNER” yang telah disediakan iaitu :

1. Pejabat Rektor

2. Pejabat Polis Bantuan

3. Pejabat Hal Ehwal Akademik

4. Pejabat Hal Ehwal Pelajar

5. Pejabat Fasiliti

6. Pejabat Infostruktur

Objektif utama program ini dijalankan adalah :

  1. Memperkasakan budaya amalan membaca di kalangan staf bukan akademik UiTM
  2. Sebagai wadah mempertingkatkan serta memperhebatkan aktiviti membaca di kalangan staf
  3. Meningkatkan pinjaman bahan koleksi perpustakaan
  4. Menjalinkan hubungan yang baik diantara staf PTAR dan warga UiTM

Setiap Bahagian / Unit telah menyediakan satu sudut khas untuk diletakkan buku-buku yang dihantar ini yang dikenali sebagai IQRA’ CORNER. Program ini adalah dibawah projek Pelajar Latihan Industri PTAR iaitu Cik Yasmin Hanani binti Abd Rashid. Jumlah staf yang terlibat dalam program ini adalah seramai 116 orang. Terima kasih di atas penerimaan sambutan yang sangat baik dan positif dari setiap Bahagian / Unit.

Jom sama-sama kita memainkan peranan sebagai warga kerja universiti, terutamanya warga kerja UiTM Cawangan Melaka dalam memupuk budaya membaca universiti.

Ayuh kita menyemarakkan budaya membaca dikalangan warga kerja UiTM Cawangan Melaka dan menjadi contoh teladan terbaik kepada pelajar dalam membudayakan amalan membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *