Jom Baca Read@UiTM: 1 Staf 1 Buku

27 September 2023 – Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah melancarkan kempen Jom Baca Read@UiTM: 1 Staf 1 Buku sebagai salah satu program galakkan membaca bagi semua kakitangan UiTM Cawangan Kedah. Kempen ini dimulakan dengan penglibatan dari kakitangan perpustakaan dan akan diteruskan pada setiap bulan kepada semua bahagian-bahagian lain. Kakitangan digalakkan untuk membuat pinjaman bahan bacaan mengikut minat masing-masing dan ini turut dapat membantu meningkatkan jumlah pinjaman bahan bacaan perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *