Resensi@PSB: Baca apa minggu ini?

26 September 2023 – Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah melaksanakan Program Resensi@PSB: Baca apa minggu ini? yang melibatkan semua warga kerja perpustakaan. Pelaksanaan program ini adalah satu usaha dalam mengalakkan budaya membaca di kalangan warga perpustakaan dan memberi peluang kepada warga perpustakaan bagi berkongsi hasil pembacaan mereka. Usaha ini dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan topik-topik yang dikongsikan. Sesi yang dijalankan selama 1 telah disampaikan oleh Encik Mohd Amiruddin Mohd Nasir yang membuat perkongsian hasil bacaan buku bertajuk Tip Menjadi Individu Menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *