Nama Program : Public Speaking @ PTAR Dengkil

Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi

Lokasi : Arena PTAR Dengkil

17 Ogos 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil telah menganjurkan pertandingan Public Speaking di Perkarangan Arena PTAR Kampus Dengkil. Pertandingan ini telah berlangsung bermula seawal 9.00 pagi sehingga 11 pagi dimana aktiviti ini telah menerima penyertaan peserta sebanyak 8 orang. Topik bagi Public Speaking ini bertemakan Kemerdekaan dan patriotisme dimana terdapat 6 topik yang diberikan kepada peserta dan undian awal diberikan seawal 9.00 pagi. Sepanjang program ini dijalankan pelbagai kreativiti pelajar dapat dilihat dan dipertontonkan dimana pelbagai perkongsian maklumat dan ilmu telah disampaikan oleh peserta yang terlibat. Pemilihan pemenang bagi aktiviti Public Speaking ini telah diadili oleh 2 orang juri yang dipilih dalam kalangan pensyarah di Pusat Asasi. Melalui program ini juga pelbagai manfaat yang boleh diperolehi antaranya bagi menyemarakkan program galakan membaca dalam kalangan warga kampus, mempertingkat kemahiran berkomunikasi dalam kalangan warga kampus serta memberi peluang kepada warga kampus untuk berkongsi maklumat dan idea kepada umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *