Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menganjurkan Program “Let’s Read, Share and Go to Big Bad Wolf with PAB”. Program ini menetapkan pelajar dan staf yang berminat perlu meminjam dan berkongsi bahan bacaan yang telah dibaca di dalam satu link yang disediakan oleh pihak perpustakaan Al-Bukhari.

Penyertaan yang terpilih akan di bawa ke Pameran Buku Big Bad Wolf di UMP Gambang.
Objektif utama program adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca di kalangan warga institusi. Kumpulan sasaran program ini ialah pelajar dan staf kampus. Program ini berjaya menarik penyertaan melebihi sasaran yang membuktikan bahawa warga kampus masih membudayakan amalan membaca . Jumlah penyertaan program adalah seramai 93 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *