18 Mei 2023, Khamis – Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan secara serentak di seluruh Malaysia pada jam 11.00 pagi dan bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat terutama bagi warga UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang. Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan di Ruang Bacaan Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dan di jabatan masing-masing bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi.

Program ini telah disertai dan disokong daripada semua pelajar dan staf UiTMCK Kampus Machang. Seterusnya, bagi memeriahkan lagi program Jom Baca Bersama 10 Minit ini, pihak PTA telah mengadakan satu aktiviti iaitu ulasan buku dimana para pelajar ataupun staf perlu membuat ulasan bagi buku yang telah dibaca.

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan agar warga UiTMCK Kampus Machang dapat menjadikan amalan membaca sebagai senaman dan latihan minda kerana ia merupakan satu jambatan kepada ilmu pengetahuan bak kata pepatah “membaca jambatan ilmu”. Pihak PTA ingin merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua warga UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang yang turut menjayakan program Jom Baca Bersama 10 Minit ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *