Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada beberapa bentuk monarki di dunia dengan raja yang dipilih. Konsep raja yang dipilih dipercayai berakar daripada kerajaan-kerajaan Srivijaya dan Ayutthaya abad ke-7, di mana pada masa itu raja dipilih dari negeri-negeri kota di Sriwijaya.

Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan telah menyatakan dengan jelas bahawa kuasa Eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Oleh itu dijemput kepada pengunjung untuk berkunjung ke mini pameran pihak perpustakaan yang bertajuk Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Di ruangan ini, kami menyediakan beberapa maklumat berkaitan dengan YDPA serta perlantikan baginda. Pameran ini berada aras 1 Perpustakaan UiTm Perak Cawangan Seri Iskandar.  Sekian, terima kasih.

Jumlah penyertaan: 200 orang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *