UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Airlangga, Indonesia yang melibatkan aktiviti berkaitan pertukaran pelajar, pensyarah pelawat dan penganjuran symposium bersama.

Oleh itu, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menerima seramai 8 orang pelajar dari Universitas Airlangga, Indonesia bagi mengikuti kursus latihan industri selama satu semester bermula April hingga Julai 2023. Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar daripada bidang Perpustakaan dan Sains Maklumat dan kursus ini adalah di bawah seliaan Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media UiTMCK.

Taklimat dan perkongsian bagi kursus ini telah dijalankan secara dalam talian mengikut jadual yang telah ditetapkan dan akan dilakukan secara bersemuka pada awal Mei nanti.

Buat pertama kalinya PTA telah menerima pelajar daripada luar negara untuk menjalani kursus latihan industri dan PTA amat berbesar hati menerima para pelajar tersebut dalam berkongsi pengetahuan terutamanya dalam bidang perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *