Program Bicara Buku Bersama Prof. Madya Dr. Nurhidayah Muhamad Hashim dan Dr.Daleleer Kaur Randawar


Read@Uni ” With Knowledge We Lead”

Tarikh: 19 April 2019 
Tempat: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Undang-Undang
Anjuran Bersama PTAR Undang-Undang & Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam

Program Bicara Buku adalah merupakan aktiviti penggiatan budaya membaca melalui sesi perkongsian ilmu bersama penulis. Program Bicara Buku pada kali ini akan mengupas buku bertajuk Sebelum dan Selepas Ijab dan Qabul: Perspektif Undang-undang yang telah mengangkat nama *Prof. Madya Dr. Nurhidayah Muhamad Hashim sebagai Pemenang  Anugerah Buku Negara 2019 bagi kategori Buku Umum Terbaik (Kategori Undang-undang Islam).

Sebelum dan Sesudah Ijab & Kabul: Perspektif Undang-undang menawarkan pengisian ilmu yang komprehensif berkenaan dunia perkahwinan bermula daripada saat sebelum melangsungkan perkahwinan sehinggalah sesudah berkahwin. Cakupan daripada perspektif perundangan khususnya perundangan syariah telah diolah dengan gaya bahasa yang mudah dan bermaklumat bagi manfaat pembaca.

Buku ini bukan sekadar mengupas soal permasalahan suami isteri, hak dan tanggungjawab, tetapi turut menyediakan latar situasi dan penyelesaian dari aspek persediaan sebelum perkahwinan, semasa perkahwinan, juga pascaperkahwinan. Ketahui hak dan tanggungjawab pasangan suami isteri, juga ahli-ahli keluarga seluruhnya apabila berdepan pelbagai situasi dalam perkahwinan.

OBJEKTIF
Program Bicara Buku Bersama Penulis bertujuan untuk mencapai objektif Read@Uni “With Knowledge We Lead” di peringkat universiti, iaitu:
1. Mempromosikan penerbitan buku dan penulis yang telah memenangi anugerah di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.
2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan warga universiti melalui sesi perkongsian ilmu bersama penulis
3. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu

#Read@Uni# #Malaysiamembaca #UiTMmembaca #KolaborasiPenerbit


Like & Follow Us


https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *