2 Januari 2023, Isnin – Unit Arkib, Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia. PTA UiTMCK telah menerima sebanyak 68 kotak rekod penting universiti yang mengandungi fail peribadi pelajar daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTMCK. Dokumen dan fail yang diterima telah dipindahkan ke stor arkib PTA UiTMCK.

Penyerahan ini dilakukan oleh wakil bahagian HEA iaitu Encik Yusry Yunus, Pembantu Operasi Kanan dan diterima oleh Ketua Unit Arkib Cawangan iaitu Puan Alina Hussein,Timbalan Ketua Pustakawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *