Program World#QuranHour telah diadakan di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan PTAR Kampus Raub. Bertemakan “ Berinteraksi Dengan Al-Quran : Dunia dan Penyayang” Surah Al-Insan ( Manusia ) ,

Surah ke-76, ayat, Juzuk ke-29, Madaniyyah. Program ini diadakan secara fizikal dan maya yang telah dihadiri oleh warga UiTM Cawangan Pahang.

Bacaan Surah Al-Insan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Faridzul Bin Fadzil Pegawai Eksekutif Kanan UHEI UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Selesai bacaan surah satu perkongsian tadabbur dan resolosi daripada surah Al-Insan bermula ayat 1 hingga 31 telah disampaikan oleh Dr. Norhapizah Binti Mohd Burhan, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Cawangan Pahang.

Semoga segala perkongsian ini dapat menambah ilmu pengetahuan kita tentang ayat yang dibaca.

Program ini juga boleh ditonton secara langsung https://www.facebook.com/library.uitm.pahang/videos/1522830658126281

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *