6 Disember 2022, Selasa – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTMCK telah menganjurkan Seminar Bicara Halal dan Hygiene secara fizikal dan juga atas talian yang bersiaran secara langsung melalui saluran YouTube rasmi PTA. Seminar ini bermula pada jam 8:00 pagi sehingga 4:00 petang yang bertempat di HRD(A) UiTMCK.

Seminar ini dimulai dengan ucapan aluan daripada Dr. Affendi Ismail, Ketua Pusat Pengajian ACIS dan seterusnya upacara perasmian yang dirasmikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nasir Ismail, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (HEA).

Antara tajuk yang dibentangkan di dalam seminar ini adalah:

  1. Kesedaran Halal Dalam Kepenggunaan – Dr. Hasnan bin Hj Ramli, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)
  2. Peranan Penjagaan Kebersihan Diri dan Persekitaran Terhadap Individu Muslim Menurut Doktrin Islam – Dr. Affendi Bin Ismail, Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),
    UiTM Cawangan Kelantan
  3. Kawalan Penyakit Berjangkit dan Hubungkait Dengan Kebersihan Diri – Dr. Nik Mohd Hafiz bin Mohd Fuzi, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Disamping itu juga, pihak Hospital Kuala Krai juga mengambil kesempatan ini dengan mengadakan kempen derma darah yang bertempat di perkarangan Lobi HRD (A) Blok A. Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar serta staf UiTMCK dimana mereka telah menderma darah di kempen tersebut.

Seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan komen yang positif daripada peserta fizikal serta maya di mana mereka menyatakan perkongsian daripada pembentang amat membantu dan menambah pengetahuan mereka.

Pautan rakaman seminar : https://www.youtube.com/watch?v=T6kzubMpsL0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *