29 November 2022 (Selasa) – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menerima kunjungan Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu YBrs. Encik Jamalludin Hj. Sulaiman dan diiringi oleh Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan. Ketibaan Ketua Pustakawan di PTA disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan PTA iaitu Puan Alina Hussein dan juga semua staf PTA pada jam 9.00 pagi.

Lawatan ini bermula dengan kunjungan hormat Ketua Pustakawan ke Pejabat Rektor untuk sesi temu mesra bersama YBhg. Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTMCK yang diiringi oleh Puan Alina Hussein, TKP PTA.

Sesi temu mesra bersama YBhg. Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTMCK

Sementara itu, semua staf PTA terlibat dalam satu sesi bersama Ketua Bahagian Korporat & Kolaborasi iaitu Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan di Bilik Seminar PTA. Selesai bertemu mesra dengan Rektor UiTMCK, Ketua Pustakawan kembali ke PTA untuk sesi taklimat bersama staf dan sedikit taklimat daripada TKP PTA, Puan Alina Hussein.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Puan Alina, beliau membentangkan pencapaian, anugerah, perancangan, aktiviti dan juga program yang telah dianjurkan oleh PTA serta yang bakal berlangsung. Seterusnya ialah sesi taklimat daripada Ketua Pustakawan kepada semua pegawai dan staf pelaksana PTA. Dalam sesi ini juga staf perpustakaan diberi peluang untuk bertanyakan soalan, memberikan pandangan dan cadangan kepada pengurusan perpustakaan secara terbuka.

Sesi taklimat daripada Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA

Sesi taklimat daripada Brs. Encik Jamalludin Hj. Sulaiman, Ketua Pustakawan

Lawatan ini diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati kepada Ketua Pustakawan, YBrs. Encik Jamalludin Hj. Sulaiman dan Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan serta sesi bergambar untuk kenangan.

Sesi penyerahan cenderahati kepada YBrs. Encik Jamalludin Hj. Sulaiman, Ketua Pustakawan dan Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan

Gambar kenang-kenangan warga PTA bersama Ketua Pustakawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *