Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah mengadakan Program Jalinan Kasih Kemerdekaan – Cintai Keluang Kita pada 20 Ogos 2022 (Sabtu) mulai jam 7:30 pagi hingga 2:00 petang dan telah memilih Pantai Bukit Keluang, Terengganu sebagai lokasi utama.

Program ini diadakan untuk mewujudkan kesedaran dalaman dan memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan staf PTA. Selain itu juga untuk mengeratkan ikatan ukhuwah diantara staf PTA bersama keluarga masing-masing selari dengan slogan bulan kemerdekaan tahun ini iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mendaki Bukit Keluang, BBQ, aktiviti cabutan bertuah serta aktiviti bebas yang lain.

Diharapkan agar program ini memberikan manfaat yang besar kepada semua staf dalam usaha untuk melahirkan semangat perpaduan dalam melaksanakan tugasan harian. Di samping itu, program sebegini amat bermakna dan dapat dijadikan pengalaman untuk staf pada masa hadapan. Melalui program ini juga, kebolehan dan keterampilan staf sokongan juga dapat diserlahkan melalui penglibatan mereka dalam mengendalikan sesuatu program. Semoga program ini dapat menghimpunkan kesepaduan, keakraban dan kemesraan di kalangan staf perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *