Pada 14 Julai 2022 (Khamis), Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTMCK Kampus Machang dengan kerjasama pelajar latihan industri telah mengadakan Program “Meets Up User Friendly @PTA 2022” selama 3 jam bermula pada 10:00 pagi sehingga 1:00 petang bertempat di Ruang Legar PTA.

Program ini dikendalikan oleh pelajar latihan industri serta staf PTA UiTM Cawangan Kelantan bagi memenuhi keperluan pengguna dalam aktiviti yang disediakan. Program ini memperkenalkan perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Tengku Anis dan membantu menarik minat pelajar dan staf UiTM Cawangan Kelantan untuk membaca di samping melakukan aktiviti yang merangsang minda.

Antara aktiviti yang diadakan adalah:

  1. Resensi Buku
  2. Pertandingan Sudoku
  3. Pertandingan Sahibba
  4. Pertandingan Membaca Jawi

Program ini  mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan staf UiTMCK serta diharapkan agar melalui program ini dapat menarik minat pelajar dan staf untuk ke perpustakaan dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PTA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *