Pada 14 April 2022, Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Siri Webinar PTA 4/2022: โ€œAdvanced Literature Search in Web of Science for Postgraduate Students (LSC201). Webinar ini telah berlangsung selama 2 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan dijalankan secara atas talian menggunakan medium Cisco Webex. Webinar ini terbuka kepada semua warga UiTM (staf/pelajar/penyelidik).

Modul:

  1. Apa yang baharu dengan Web of Science?
  2. Cari dan analisis kawasan topikal dalam Web of Science.
  3. Cara mencari tajuk berimpak tinggi dalam Web of Science.
  4. Cara membuat laporan petikan.
  5. Cara mengenal pasti rakan usaha sama yang berpotensi menggunakan Web of Science.
  6. Cara mendaftar Profil Penyelidikan-Publon (untuk didaftarkan dalam Sistem PRIME).

Webinar ini telah disampaikan oleh Dr. Muslim Ismail@Ahmad, Pustakawan Kanan PTA UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang dengan kehadiran seramai 30 orang daripada pelbagai organisasi. Pihak Perpustakaan Tengku Anis mengucapkan terima kasih di atas penyertaan daripada semua peserta dan diharapkan maklumat yang disampaikan dapat membantu peserta dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Sesi penerangan Web of Science oleh Dr. Muslim Ismail@Ahmad, Pustakawan Kanan PTA UiTM Cawangan Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *