Program World Quran Hour peringkat UiTM Cawangan Kedah telah di adakan pada 13 April 2023 (Khamis) di Ruang Bacaan Aras 2, Perpustakaan Sulatan Badlishah. Program kerjasama antara Perpustakaan dan Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Kedah ini turut diadakan serentak diseluruh dunia pada 13 April 2023 bersamaan 22 Ramadhan 1444H.

Pengisian program telah disampaikan oleh Ustaz Azrul Iswan Abdull Raman – Pegawai Eksekutif Kanan (Hal Ehwal Islam), UiTM Cawangan Kedah dan turut disertai oleh kakitangan dari semua bahagian yang sama-sama menyokong program yang dilaksanakan secara tahunan ini.

Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Azrul Iswan Abdull Raman kerana telah bersama-sama memimpin bacaan dan membuat ulasan bacaan surah Al-Insan, surah yang telah dipilih sebagai tema untuk World Quran Hour pada tahun ini. Program yang yang diadakan selama 1 jam ini telah mendapat maklumbalas yang baik dan akan terus dilaksanakan bagi tahun hadapan.

Surah Al-Insan dipilih pada tahun ini dengan membawa tema ‘Memanusiakan Ummah’ (Humanising the Ummah). Dengan pelaksanaan program ini diharap dapat menambahkan kesedaran dan meningkatkan kefahaman peserta yang telah sama-sama turut serta sepanjang program berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *