Program Ulasan Bahan Bacaan Bersama PTAR Mate merupakan program anjuran PTAR Kampus Dengkil. Program ini telah dijalankan pada 7 April 2023 (Jumaat) bertempat di Aras 1, PTAR Kampus Dengkil. Program ini telah berlangsung selama 2 jam yang melibatkan penyertaan ahli Kelab PTAR iaitu PTAR Mate seramai 14 orang pelajar dari pelbagai program.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah sebagai salah satu inisiatif PTAR Kampus Dengkil dalam menyemarakkan program galakan membaca dikalangan warga kampus di UiTM Kampus Dengkil. Selain itu, aktiviti yang akan dianjurkan ini adalah bertujuan bagi menerapkan budaya Malaysia membaca seterusnya melahirkan generasi suka membaca pada generasi yang akan datang. Program ini juga dianjurkan bertujuan bagi menyahut seruan Kempen Galakan Membaca di kalangan warga UiTM. Program ini adalah Program Read@UiTM di bawah siri Ulasan Bahan Bacaan.

Tujuan Pelaksanaan Program:

  1. Membina dan mengukuhkan budaya membaca dalam kalangan warga UiTM.
  2. Melahirkan warga Kampus yang rajin membaca terutamanya koleksi bahan bacaan di PTAR Kampus Dengkil.
  3. Memberi peluang peserta melibatkan diri dalam program anjuran PTAR Kampus Dengkil.

Pelaksanaan program diharapkan dapat menyokong kepada pelaksanaan program galakan membaca dengan pengisian aktiviti dan seterusnya dapat membudayakan minat membaca dalam kalangan pengguna perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *