Program Speed Reading anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam telah diadakan pada 17 Mac 2023 di Bilik Seminar PTAR Kampus Puncak Alam. Program selama 3 jam, telah disampaikan oleh Puan Nur Fatihah Muhamad, Pustakawan PTAR Kampus Puncak Alam.

Penceramah telah berkongsi ilmu serta teknik bacaan pantas kepada para peserta. Program ini telah dihadiri oleh staf PTAR, pelajar pasca siswazah, staf pentadbiran, pensyarah daripada pelbagai fakulti di UiTM Cawangan Selangor.

Pihak perpustakaan menerima maklumbalas positif daripada para peserta sepanjang program berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *