Pada tarikh 20 April 2022, telah berlangsung KEMPEN JOM BACA 10 MINIT secara serentak yang diadakan di seluruh Malaysia bermula pada jam 11.00 – 11.10 pagi. Tujuan kempen ini adalah untuk menyemarakkan amalan membaca dalam kalangan keluarga Malaysia.

Sebelum bacaan serentak bermula, para peserta diberi penerangan ringkas tentang kaedah carian buku menggunakan OPAC. Peserta diberi peluang untuk meminjam buku dan sama-sama berkumpul untuk bersama-sama meluangkan masa membaca selama 10 minit.

Program ini turut disertai oleh Penolong Rektor Kampus iaitu Dr. Siti Nur Fadzilah binti Muhsain.

#JomKitaMembaca

#MembacaJambatanIlmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *