16 Disember 2022 – telah berlangsung program Fun-Tastic School Break sempena cuti persekolahan. Terdapat sebuah segmen iaitu Reading is Fun dimana para pelajar ini didedahkan dengan aktiviti membaca.

Kategori 1 iaitu para pelajar yang berumur 4 hingga 6 tahun terlibat dalam pembelajaran ‘Kenali ABC’. Mereka diajar oleh fasilitator mengenai abjad menggunakan playdough. Seterusnya, Kategori 2 dan 3 pula terlibat dalam segmen bercerita mengenai kisah rama-rama.  Aktiviti bercerita ini disampaikan oleh Amyra Syazwanie. Di samping itu, mereka juga turut didedahkan berkenaan kitaran hidup rama-rama melalui kitaran hidup 3D.

Akhir sekali, adalah segmen selingan iaitu membaca berita. Aktiviti ini melibatkan empat orang pelajar yang dipilih untuk menyampaikan berita mengenai program ‘Fun-Tastic School Break’. Segmen ini juga menerima impak positif daripada pelajar kerana  secara tidak langsung mereka dapat meningkatkan keyakinan diri

Oleh itu, Fun-Tastic School merupakan sebuah program yang mengimbangi aktiviti bermain dan membaca. Bukan sahaja menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan pelajar malah dapat mencungkil bakat mereka juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *