Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datoโ€™/Datin/Prof/Tuan/Puan

BICARA ALUMNI : SEMBANG SANTAI ALMA MATER

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) amat berbesar hati untuk menguar-uarkan satu lagi program bicara iaitu Bicara Alumni anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam bersama Pusat Jaringan Alumni (ANC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM. Program ini bertujuan untuk mendengar perkongsian dari alumni-alumni UiTM yang akan memberikan inspirasi dan dorongan kepada warga UiTM.

Tarikh: 9 Disember 2022 | Jumaat
Masa: 9:00 pagi – 11:00 pagi
Tempat: Ruang Library Community Engagement, PTAR UiTM Shah Alam

Pautan Siaran Langsung:
(1) Youtube Perpustakaan UiTM: https://youtu.be/Qtvd0L7bQw4
(2) Facebook Perpustakaan UiTM : https://fb.me/e/20KUFfXcC

Panel Jemputan:
Encik Kashfi Zulkufli
Pengarah Kashfi Zulkufli Holdings Sdn. Bhd. / Usahawan / Pereka Fesyen

Moderator:
YBhg. Profesor Madya Datin Sri Dr. Nazura Mohamed Sayuti
Pengarah Pusat Jaringan Alumni (ANC)

YBhg. Datoโ€™/Datin/Prof/Tuan/Puan adalah dijemput untuk sama-sama menyertai program ilmiah ini yang akan dikongsikan oleh panel jemputan. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat dan warga UiTM.

Untuk makluman semua, program ini disediakan jam latihan (UiTM Sahaja)

Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *