Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan.

Jemputan ke Program Live@PTAR Segmen Bicara Buku : Tersinggung Dalam Perjuangan : Sebuah Perjalanan Autobiografi (SIRI 2)

Sempena dengan Library Open Day 2022 (LOD 2022) yang akan diadakan pada 20 dan 21 Disember 2022 (Selasa dan Rabu) ini, jawatankuasa LOD 2022 amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan ke Program Live@PTAR Segmen Bicara Buku pada ketetapan berikut :

Tarikh: 21 Disember 2022 | Rabu
Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Shah Alam

Panel Jemputan:
Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah
Penulis dan Penerbit Buku “Tersinggung Dalam Perjuangan : Sebuah Perjalanan Autobiografi”

Moderator:
Dr. Suhaimee bin Saahar@Saabar
Pengarah Centre of Media and Information Warfare Studies (CMIWS)

Pautan Siaran Langsung:
Facebook Perpustakaan UiTM : https://fb.me/e/4c5QNjKYq
YouTube Perpustakaan UiTM : https://youtu.be/3Hu_NzXZGOk

YBhg. Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan adalah dijemput untuk sama-sama menyertai program ilmiah ini yang akan dikongsikan oleh panel jemputan. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat dan warga UiTM.

Untuk makluman semua, program ini disediakan jam latihan (UiTM Sahaja).

Sekian. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *