Bersempena dengan Program Read@UiTM, PTAR UiTM Cawangan Perak telah mengambil inisiatif mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan PTAR Seri Iskandar yang berlangsung pada 29-30 November 2022.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah bertujuan mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan kepada warga UiTM Cawangan Perak khususnya di Kampus Seri Iskandar. Secara tidak langsung, program seperti ini mampu memberi galakan kepada pelajar mahupun pensyarah untuk menjadikan perpustakaan sebagai satu hub dalam melakukan penyelidikan dan pembelajaran.

Hasil kolaborasi PTAR dan Unit Sukan dibantu oleh Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Cawangan Perak ini telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 451 orang peserta sepanjang 2 hari program berlangsung. Antara yang menjadi tumpuan adalah Pertandingan eSports (FIFA 2V2 Tournament) yang melibatkan 12 pasukan dan 24 orang pelajar dari Kampus Seri Iskandar. Edisi kali ini menyaksikan pertandingan eSports ini dijalankan secara 2 lawan 2 yang mana lebih meriah dan kompetitif.

Selain daripada FIFA 2V2 Tournament, pihak PTAR turut menganjurkan aktiviti melibatkan aplikasi yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu TikTok. Hadiah wang tunai menanti pemenang TikTok Challenge di mana para peserta perlu memuatnaik video kreatif masing-masing berkaitan Perpustakaan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Tema bagi pertandingan ini adalah Mobile PTAR Apps, MyKM Portal dan Digital Collection. Aktiviti-aktiviti lain yang turut berlangsung sepanjang program adalah Digital Collection Competition, Book Hunting dan Kahoot! yang dijalankan dari masa ke semasa.

Keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya oleh PTAR UiTM Cawangan Perak secara bersemuka dan diharapkan ianya dapat menjadi pemangkin untuk semua warga kampus dalam memupuk minat membaca.

Jawatankuasa Program Hari Bertemu Pelanggan PTAR Seri Iskandar 2022

Disediakan oleh: Muhamad Azim bin Aโ€™nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *