Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Bengkel Asas Reka Cipta Infografik Dalam Microsoft Powerpoint bermula jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang kepada semua staf Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang pada 20 Jun 2022 (Isnin) dan Kampus Kota Bharu pada 30 Jun 2022 (Khamis) secara bersemuka bertempat di Bilik IT PTA.

Antara pengisian bengkel tersebut adalah menghasilkan โ€˜Powerpoint slideโ€™ yang mengandungi gabungan maklumat seperti senarai, jadual dan carta dengan mudah dan pantas serta mengubah suai format teks dan gambar dengan kaedah lebih โ€œinfographicโ€ agar maklumat mudah disampaikan secara ringkas.

Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan infografik dalam Microsoft Powerpoint dalam kalangan staf PUiTM Cawangan Kelantan khususnya staf Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan.

Perkongsian bagi kursus ini disampaikan oleh Pn. Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan PTA UiTM Cawangan Kelantan dan diharapkan agar kursus ini dapat meningkatkan idea dan kreativiti staf dalam penggunaan Microsoft Powerpoint.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *