Pada 23 Mei 2022 (Isnin), Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Unit Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (URMI) telah menganjurkan “A Day with PRIMe” bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang secara atas talian menggunakan platform Cisco Webex. Seramai 130 orang daripada pelbagai organisasi telah menyertai taklimat ini.

Antara modul yang dikongsikan daripada para penceramah ialah:

  1. Publication Modul oleh Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof (Pustakawan Kanan, Merangkap Penyelaras Koordinator PRIMe-Modul Penerbitan)
  2. Grant Management Modul oleh Ts. Dr. Saiful Izwan Suliman (Ketua Unit Inovasi, RMC)
  3. IP Management Modul oleh Mohd Noor Azliy Abdullah (Pegawai Eksekutif, Unit Perundangan & Harta Intelek BITCOM)

Semoga sesi taklimat yang dilaksanakan ini dapat membantu para penyelidik untuk mendaftarkan penerbitan dan penulisan mereka pada masa akan datang. Taklimat ini juga dibawah SDG: 4 “Quality Education” dan SDG 17: “Partnership for the Goals”.

Pautan rakaman: https://www.youtube.com/watch?v=5NzijbQtmKE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *