Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Sektor Sumber Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah menganjurkan Forum Pendidikan sempena Kempen Bulan Galakan Membaca Peringkat Negeri Kelantan yang bertajuk Pengurusan PSS Pasca Covid-19 pada 25 Mei 2022 (Rabu) bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Forum ini berlintas langsung dari Dewan Anjung Bestari SMK Jeli dan juga saluran YouTube PTA.

Ahli panel jemputan terdiri daripada Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Koordinator Unit Kepimpinan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan, Puan Ezlina Ezura Zaidi@Saidi, GPM SMK Kubang Kerian dan manakala moderator ialah Encik Azwan Shah Aminuddin, Pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan.

Antara perkongsian daripada forum ialah perubahan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak pengurusan pusat sumber sekolah ketika pandemik Covid-19 melanda serta alternatif yang diambil untuk menghadapi cabaran tersebut. Forum ini juga adalah dibawah SDG 4: โ€œQuality Educationโ€ dan SDG 17: โ€œPartnership for the Goalsโ€.

Pautan saluran YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=Y4J55qfxRnU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *