Pada 31 Mac 2022, satu kolaborasi antarabangsa antara Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan telah diadakan dengan Perpustakaan SIMAD University, Somalia. Webinar ini berlangsung lebih kurang 2 jam bermula jam 2.30 petang dan dijalankan secara atas talian dengan menggunakan medium Google Meet.

Webinar ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan sistem SLiMS iaitu sistem sumber terbuka (open source) yang mampu mengendalikan sistem operasi perpustakaan. Perpustakaan SIMAD University ialah universiti awam yang terulung di Somalia dan pihak mereka amat bersyukur dengan perkongsian ilmu ini.

Penerangan sistem diberikan oleh Dr Mohamad Rahimi yang merangkumi modul pengkatalogan, OPAC, program sistem dan modul-modul lain. Kolaborasi yang julung kalinya diadakan ini ada yang pertama dianjurkan dan diharapkan ada lagi program seumpama ini dilaksanakan di masa hadapan di mana kolaborasi ini juga di bawah SDG 17 : โ€œPartnership for the Goalsโ€ serta SDG 4 : โ€œQuality for Educationโ€.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *