Perpustakaan Undang-Undang (PUU) telah mengadakan Program Mobile Library Book2U@PUU bertempat di Foyer Pejabat Dekan Fakulti Undang-Undang (FUU) pada 14 Jan 2022 yang lepas. Mobile Library ini telah diadakan bersempena Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Fakulti Undang-Undang di mana PTAR Undang-Undang telah dijemput. Dengan adanya program ini, dapatlah warga fakulti membantu PTAR untuk menyokong program Read@UiTM serta memupuk budaya membaca di kalangan warga fakulti dan memperkenalkan bahan-bahan yang relevan dan baharu dalam koleksi.

Antara perkhidmatan yang diberikan semasa program ini adalah Penghantaran Buku, Pinjaman Buku, Pemulangan Buku dan Semakan Maklumat Am Perpustakaan.

Pelbagai bahan bacaan terkini dipamerkan seperti bahan bacaan silibus dan bahan bacaan santai mengikut kesesuaian minat pengunjung. Para pensyarah tidak melepaskan peluang untuk meminjam buku dan mereka diberikan cenderahati atas sokongan yang diberikan. Program yang berlangsung selama dua jam dikendalikan oleh 2 orang staf PTAR Undang-Undang iaitu Cik Zayani dan Encik Remie.

Turut bersama memeriahkan Mobile Library ini Prof Madya, Dr. Hartini Saripan, Dekan FUU dan Pn Hanim Azura, Timbalan Pendaftar FUU. Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 20 buah buku telah dipinjam dan peminjam diberikan cenderahati sebagai ucapan terima kasih kerana menyokong program yang dijalankan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *