Tarikh | 31 Mei 2022

Masa| 10.00 pagi – 11.00 pagi

Platform| facebook.com/library.uitm.perak

Moderator : Nur Ain Sabrina binti Azhar (Pelajar Latihan Industri, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah)

Panel : Dr. Norshila binti Shaifuddin (Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana & Timbalan Presiden Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA)

Program kali ini akan membicarakan mengenai terapi diri melalui pembacaan dan akan disiarkan di Facebook PTAR Perak dan Youtube Perpustakaan UiTM Perak.

Objektif
a. Memperkenalkan biblioterapi sebagai salah satu cara terapi minda bagi merawat kesihatan
mental individu.
b. Kempen kesedaran mengenai pentingnya rakyat Malaysia, mempunyai minda dan jiwa yang sihat
bagi melahirkan generasi yang cemerlang dan sentiasa berfikiran positif.
c. Memaklumkan kepada peserta bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan salah satu
kaedah yang boleh diguna teknik biblioterapi.
d. Biblioterapi mampu menjadi satu platform untuk membantu rakyat Malaysia lebih memahami
bahawa mereka mampu merawat minda dan jiwa mereka tanpa mengguna sebarang bantuan
ubat-ubatan.

Impak program
a. Meningkatkan pengetahuan masyarakat secara umumnya mengenai biblioterapi.
b. Membantu meningkatkan ilmu peserta melalui kaedah-kaedah rawatan yang boleh
dilaksanakan melalalui biblioterapi.
c. Membantu peserta mengetahui jenis-jenis bahan bacaan yang boleh digunakan sebagai salah
satu cara terapi penyembuhan melalui kaedah biblioterapi.
d. Melahirkan dan memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar dan warga UiTM.
e. Membantu memulihkan dan mengurangkan kadar tekanan dan kemurungan dalam menangani
isu-isu psikologi, sosial dan emosi yang dihadapi oleh individu.

Oleh: Mohamad Arif Yusof (Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *