Program Book Review kali ini bertemakan “Motivation” sesuai dengan situasi pada ketika itu dimana media banyak menyatakan tentang masalah mental masyarakat yang semakin serius terutamanya dikalangan pelajar dan itu merupakan antara faktor utama Book Review@PUiTM Pahang 2.0 bertemakan motivasi. Pihak Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang mengambil inisiatif untuk mengajak pembaca mencari sudut positif yang lebih baik untuk meneruskan kehidupan melalui pembacaan bahan motivasi yang terdapat di Perpustakaan.

Terdapat dua perkongsian daripada Book Review@PUiTM Pahang 2.0 dimana staf Perpustakaan perlu menggunakan medium yang berbeza iaitu melalui penghasilan video serta poster daripada Canva. Program ini dianjurkan untuk menggalakkan pembacaan dikalangan staf Perpustakaan serta mempromosikan koleksi perpustakaan yang sedia ada kepada pengguna luar. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu inisiatif Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang bagi meningkatkan kemahiran penyampaian maklumat yang lebih berkesan dengan penghasilan video review serta poster mengikut kreativiti individu selaras dengan SDG 4 iaitu (Quality Education). Diharap dengan usaha perkongsian buku motivasi ini dapat meningkatkan semangat pengguna serta pembaca yang menonton di Youtube atau di laman sesawang PUiTM Pahang.

Tahniah kepada 5 video terbaik bagi program kali ini!

Tahniah diucapkan kepada:

1. Puan Suhaina binti Ibrahim (Pembantu Pustakawan PAB Jengka)

2. En. Zainudin bin Ghani (Pembantu Pemuliharaan Kanan PAB Jengka)

3. En. Mohd Ruzaimi Abdul Rani (Pembantu Pustakawan Kanan PTAR Raub)

4. Puan Noor Azliza binti Azizย ย (Pembantu Pustakawan PAB Jengka)

5. Puan Sabariah binti Rifinย ย (Pembantu Pustakawan Kanan PAB Jengka)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *