Program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat PTAR Kampus Puncak Alam telah diadakan di Bilik Seminar 2, Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam pada 21 April 2022 (Khamis) jam 11.00 hingga 11.10 pagi bersama pelajar Fakulti Sains Kesihatan dan Persatuan Rakan Masjid, UiTM Cawangan Selangor.

Pengisian program ini adalah bacaan Surah Al-Mulk yang telah dipimpin bacaan oleh Ustaz Muhammad Zaki Mustapa, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Selangor. Seramai 38 orang pelajar telah menyertai program ini yang turut diadakan serentak pada tarikh dan waktu yang sama diseluruh negara.

Program ini merupakan satu daripada aktiviti utama gerakan Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030 dengan slogan #MalaysiaMembaca yang bertujuan mendorong rakyat Malaysia untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan harian.

Pada tarikh dan tempoh yang ditetapkan itu, semua warga kampus, biarpun di mana berada, digalakkan untuk bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia, berhenti sebentar daripada melakukan apa-apa jua aktiviti dan luangkan masa membaca apa-apa bahan bacaan selama 10 minit. 

Diharapkan program dan amalan murni โ€˜Jom Baca Bersama 10 Minitโ€™ dapat diteruskan dan menjadi penanda aras masyarakat proaktif dan berilmu.

“BANGKIT BACA & BERSYUKUR”

#malaysiamembaca #selangormembaca #readatuitmkpa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *