Bersempena Minggu EDU 5.0, Taklimat Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang yang bertajuk “Information Literacy Class” telah dijalankan secara atas talian.

Program yang dikendalikan oleh Cik Muniratul Husna binti Mohamad Zaki iaitu Pustakawan dari Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang cara untuk mendapatkan maklumat serta bahan rujukan daripada laman sesawang rasmi Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang, strategi pencarian yang tepat, pemilihan maklumat daripada sumber yang sahih serta cara penyimpanan maklumat yang lebih sistematik dan menjimatkan masa para pelajar.

Antara intipati taklimat tersebut adalah pengenalan mengenai cara pencarian maklumat menggunakan perkhidmatan My Knowledge Management (MyKM) iaitu merupakan salah satu perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh pihak perpustakaan, koleksi digital serta mahasiswa juga didedahkan dan diberikan simulasi mengenai cara untuk mencari maklumat atau bahan rujukan dalam perkhidmatan atas talian yang terdapat dalam MyKM. Di samping itu, mahasiswa baharu UiTM Cawangan Pahang juga didedahkan dengan perkhidmatan Kelas Kemahiran Maklumat (KKM) iaitu sesi pembelajaran yang lebih fokus kepada pencarian bahan mengikut kata kunci yang mereka berikan. Perkhidmatan secara percuma ini diharapkan dapat membantu mahasiswa UiTM Cawangan Pahang untuk lebih bersedia sebelum sesi pembelajaran bermula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *