Pada 18 Disember 2020 Program Let’s Read, Eat & Relax telah dijalankan terbuka kepada semua pelajar kolej kediaman Kompleks Tok Gajah, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Program ini dijalankan di Medam Selera Kompleks Tok Gajah pada jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Peserta perlu mengisi borang penyertaan di google form dan memilih genre buku kegemaran untuk dibawa ke kolej kediaman dan diagihkan.Program ini telah disertai seramai 50 orang siswi dan ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk menarik minat pelajar terutamanya yang tinggal di kolej kediaman untuk meminjam buku. Selain itu program ini juga menggalakan pelajar untuk membaca buku sekaligus memupuk semangat membaca.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *