Pada 6 November 2020 hingga 18 November 2020 Program Quiz Lets Explore Our Website and Win telah dijalankan. Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan link Google form. Program ini terbuka kepada semua warga UiTM Cawangan Pahang. Peserta perlu menjawab kuiz di google form dan peserta yang mendapat markah tertinggi akan memenangi hadiah berupa wang tunai. Program ini adalah salah satu langkah untuk menarik minat pelajar dan pendedahan warga UiTM Cawangan Pahang kepada  perkhidmatan perpustakaan digital. Selain itu, program ini juga melatih kepada semua pengguna kepada website perpustakaan dimana pengguna boleh mencari maklumat di website perpustakaan dengan mudah. Program ini dapat memperkenalkan pengguna kepada E-Book dan menarik minat pengguna untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan secara atas talian. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Tahniah kepada semua pemenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *