Deskripsi:

Majlis Raja-Raja diwujudkan sebelum Tanah Melayu merdeka lagi malah ia wujud lebih awal lagi. Membincangkan tentang kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja dalam pentadbiran negara. Dalam program ini juga menceritakan sejarah Tanah Melayu, Institusi Majlis Raja-Raja, perjanjian-perjanjian yang ada di Tanah Melayu dan Malayan Union.

[SIARAN LANGSUNG]
BICARA PAKAR LIVE@PTAR: PERANAN MAJLIS RAJA-RAJA DALAM PENTADBIRAN NEGARA
bersama panel;
YBhg. Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM
dan Moderator
Encik Mohd Yunus Abu Samah, Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM

Tarikh: 23 April 2021 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi-12.00 tengah hari
Platform: Facebook Perpustakaan UITM
https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159681000237625/

Sehubungan itu, kami Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA dengan berbesar hati ingin mengundang seluruh warga UiTM dan rakyat Malaysia umumnya untuk turut serta mengikuti siaran langsung program tersebut bagi mengetahui dengan lebih mendalam mengenai tajuk yang bakal dibincangkan oleh panel. Dipohon juga jasa baik seluruh warga untuk disebar luaskan siaran ini untuk manfaat bersama

Link untuk pendaftaran Jam latihan akan dibuka dan dikongsikan kepada staf UiTM yang berminat di akhir siaran ke udara

Perhatian seterusnya kesudian seluruh warga mengikuti program ini amat dihargai dan disertai dengan ucapan terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *