Deskripsi : Segmen bicara pakar bertajukRasuah Dalam Pentadbiran : Dimanakah Salahnya?” membincangkan tentang pendedahan kesedaran kepada rakyat di Malaysia untuk bersama-sama SPRM memerangi rasuah. Rasuah ditafsirkan kepada empat perkara iaitu adanya pemberi dan penerima. Kedua, adanya suapan dalam bentuk wang tunai, hadiah, hamper, keraian, perkhidmatan, upah dan sebagainya. Melihat tafsiran dibawah seksyen 2 Akta SPRM 2009 yang mengatakan suapan itu adalah perkara-perkara berikutnya dan itu adalah perkara-perkara suapan tersebut. Ketiga, ada tujuannya iaitu melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara. Keempat, ianya berkaitan dengan tugas rasminya. Kebanyakan rakyat Malaysia sudah tahu makna rasuah tersebut tapi mereka belum sedar tentang akibat yang akan menimpa mereka jika terlibat dengan rasuah. Jadinya, dengan adanya segmen begini dapat memberi kesedaran kepada rakyat di Malaysia untuk bersama-sama SPRM memerangi rasuah.

Tarikh : 15 April 2021 (Khamis)
Masa : 11:00 pagi – 12:00 Tengah hari

Anjuran : PTAR UiTM Shah Alam
Panel Jemputan:
En. Effezul Azran bin Abd Maulop
Ketua Penolong Kanan Penguasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Moderator
Pn. Siti Salwa A.RAhman
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
UiTM Shah Alam

Sehubungan itu, semua warga dijemput untuk menyaksikan siaran langsung yang dijalankan secara atas talian.

Pautan Siaran Langsung
Link Youtube Perpustakaan UiTM Channel : https://www.youtube.com/watch?v=hK4RwuNblCw
Link Facebook : https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159664088757625/

Tekan butang set reminder di pautan di atas untuk menonton. Jam Latihan turut disediakan.

Sila imbas *QR Code* atau Pautan https://www.bankislam.com/ezxcess/ untuk sertai Cabutan Istimewa Bank Islam Malaysia Berhad.
Kerjasama dan perhatian daripada semua warga amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *