Program : Pameran Perkhidmatan Perpustakaan Digital
Tarikh : 9 Mac 2020 – 9 April 2020
Lokasi : Perpustakaan Tun Abdul Razak Aras 12, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya

Pada 9 Mac 2020 – 9 April 2020 Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah mengadakan Pameran Perkhidmatan Perpustakaan Digital. Pameran ini diadakan bagi mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan pameran berkaitan perkhidmatan perpustakaan digital di Perpustakaan Tun Abdul Razak. Terdapat 43 inisiatif perkhidmatan perpustakaan digital yang telah di sediakan dan boleh digunakan oleh semua warga UiTM termasuk staf akademik, staf pentadbiran dan pelajar. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti QR Code, eKKM, Library Resources, Chat With Librarian, My Knowledge Portal, Mobile Apps @ PTAR, MOOCS @PTAR, Cashless @ PTAR dan banyak lagi. Pameran ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada warga universiti mengenai perkhidmatan perpustakaan digital yang telah disediakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak. Pameran ini diadakan selama sebulan sepanjang bulan Mac dan April 2020.

Read More : https://www.facebook.com/littlefreelibrary.kbm/media_set?set=a.2760757604022413&type=3&_rdc=1&_rdr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *