JOM KITA SAKSIKAN PROGRAM LIVE@PTAR

Tajuk : Ulasan Buku dan Perkongsian Work from Home: Pre and Post Covid 19
Tarikh : 20 Mei 2020
Masa : 11.00 pagi
Moderator : Puan Eza Eliana Abdul Wahid, Pustakawan Kanan

Panel :

  1. Puan Zuhaslinda Sulaiman, Pustakawan Kanan, UiTM Shah Alam
  2. Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Melaka
  3. Puan Norfitriah Bt Mat Seman, Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Pahang

Deskripsi: Program ini melibatkan perkongsian ulasan buku oleh pustakawan-pustakawan akademik. Sesi ulasan buku bagi Puan Maznah ialah โ€œWhy So Serious, Parents?โ€ karya Adlil Rajah. Menurut Puan Maznah, buku ini mengenai tips-tips keibubapaan dalam mengawal emosi terhadap anak-anak dengan cara yang betul. Seterusnya, perkongsian daripada Puan Zuhaslinda pula, beliau mengulas buku digital yang bertajuk โ€œThe Black Belt Librarian : Real-World Safety & Securityโ€ dalam program ini. Buku ini berkenaan cara kita untuk menjadi seorang pustakawan yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan cara untuk mengekalkan keselesaan sebagai seorang pustakawan dengan sekelilingnya. Ulasan buku oleh Puan Norfitriah pula bertajuk โ€œCer Kome Tanya UKE Jawabโ€œ karya Ustaz Kazim Elias dan buku yang bertajuk โ€œ55 Petua Orang Berjayaโ€œ karya Datoโ€™ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Fadzli Yussof. Buku โ€œCer Kome Tanya UKE Jawabโ€œ mengandungi soalan dan jawapan daripada UKE. Buku ini berkaitan dengan ibadah, muamalat, munakahat, permasalahan umum dan sebagainya. Bagi buku โ€œ55 Petua Orang Berjayaโ€œ pula, ianya berkaitan dengan himpunan idea dan tips kejayaan oleh mereka yang telah berjaya di seluruh dunia.

TERBUKA PADA SEMUA

LINK JAM LATIHAN BAGI WARGA UiTM AKAN DIBERIKAN PADA AKHIR SESI

Link Facebook : https://www.facebook.com/libraryuitm/videos/1198596593817108/

Link Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=xZzB3LB9580

#WorkFromHome #UlasanBuku #PTAR #GalakanMembaca


Like & Follow Us

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *