Program : Pameran Usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka Dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka
Tarikh : 11 Mac 2020
Lokasi : Perpustakaan Tun Abdul Razak Aras 1, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya

Pada 11 Mac 2020 Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah mengadakan Pameran Usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka. Pameran ini diadakan sempena Majlis Perasmian bagi Program โ€œCommunity Policingโ€ UiTM Cawangan Melaka. Pameran usahasama ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada warga universiti mengenai beberapa maklumat seperti kompaun saman trafik, penggunaan nombor plat kereta, had laju, peraturan keselamatan, jenis-jenis dadah dan banyak lagi maklumat mengenai PDRM dan AADK. Program โ€œCommunity Policingโ€ ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Melaka, YDH. DCP Datoโ€™ Mat Kasim bin Karim.

Read More : https://www.facebook.com/littlefreelibrary.kbm/media_set?set=a.2656787221086119&type=3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *