Program : Kempen Derma Darah & Pameran Kesihatan Bersama Kementerian Kesihatan Malaysia & Unit Kesihatan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya
Tarikh : 12 -13 Mac 2020
Lokasi : Perpustakaan Tun Abdul Razak Aras 1, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

Pada 12 – 13 Mac 2020, Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah mengadakan Kempen Derma Darah Dan Pameran Kesihatan. Program ini bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 3.00 petang dengan seramai 254 orang yang mendaftar untuk mederma darah. Seramai 187 orang berjaya untuk menderma darah manakala baki 67 orang tidak berjaya untuk menderma darah. Selain itu, pemeriksaan gigi percuma juga diadakan dan seramai 85 orang telah membuat pemeriksaan gigi percuma. Sepanjang program tersebut, terdapat beberapa aktiviti menarik seperti kuiz kesihatan, pameran Blue Ribbon Healthcare, pameran ubatan farmasi dan pameran kesihatan (PMPM). Program ini bukan sahaja dibuka kepada warga UiTM malah dibuka kepada orang luar untuk memberi sokongan dalam menderma darah. Program ini merupakan salah satu program khidmat masyarakat antara Perpustakaan dan Unit Kesihatan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya. Program ini akan diadakan 2 kali setahun.

Read More : https://www.facebook.com/littlefreelibrary.kbm/media_set?set=a.2664520263646148&type=3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *