Program : Program Khidmat Masyarakat ‘Santunan Kasih, Setulus Harapan’ Menubuhkan “LITTLE FREE LIBRARY” Di Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, Kuala Lipis, Pahang
Tarikh : 20 Februari 2020
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, Kuala Lipis, Pahang

Pada 20 Februari 2020, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah bekerjasama bersama 25 orang staf UiTM Cawangan Melaka bagi menjayakan Program Santunan Kasih, Setulus Harapan yang merupakan satu usaha khidmat masyarakat bagi menubuhkan sebuah “Little Free Library” di Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, Kuala Lipis, Pahang dirasmikan oleh Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka Dr. Fahmi Abd Rahim bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, En Afizal Pahmin. Turut hadir Ketua Kampung Chegar Perah, En Ahmad Awang Derani. Seramai 39 murid dari tahun 3 ke tahun 6 disantuni dalam meningkatkan motivasi mereka agar beriltizam meneruskan pelajaran ke menara gading.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *