Tarikh           : 22 & 28 Februari 2020
Tempat       : Dewan Sri Peria dan Dewan Seri Temenggong, Kampus Segamat

Membaca menggalakkan kita berfikir. Membaca juga merupakan satu aktiviti yang produktif dan sangat baik untuk kesihatan mental. Ia boleh meningkatkan empati, menajamkan fikiran dan memberi kesan positif kepada tingkah laku.
Antara manfaat lain membaca ialah:

  • Boleh membantu individu memahami isu yang mereka alami.
  • Membantu untuk meningkatkan keberkesanan rawatan lain.
  • Membantu pemulihan dan rawatan kesihatan mental.
  • Memberi harapan dan peluang untuk perubahan yang positif.

Pemilihan bahan bacaan yang sesuai dan bagus apabila digunakan dalam bibilioterapi dapat meningkatkan kesedaran tentang nilai diri dan membantu individu untuk berdepan dengan krisis kehidupan dengan lebih berani dan yakin.

Program galakan budaya membaca dikalangan warga kampus turut mendapat sokongan pihak Kolej Kediaman C, dengan menganjurkan Program Read & Heal. Koleksi buku-buku motivasi dan sokongan kehidupan yang berada di PTDI diperkenalkan kepada para pelajar. Mengambil contoh buku Chicken Soup for the Soul sebagai Terapi Diri & Follow Your Heart, kandungannya diceritakan kepada pelajar Kolej Kediaman C sewaktu Program Absolutly KKC & Dating with SRK sebagai bacaan pilihan Ketua Staf Residen Kolej.

Program ini telah melibatkan seramai 1500 orang pelajar dari Kolej Kediaman Sektor C, Kampus Segamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *