Tarikh           : 9 hingga 11 Mac 2020
Tempat       : Tadika Kemas, UiTM Cawangan Johor
Tadika Pasti Al Firdaus
Tadika Kemas Pulapol Segamat

ReRead Me A Book – ASEAN Rok is Reading adalah sebuah pertandingan membaca kuat atau bercerita kepada kanak-kanak di peringkat negara-negara ASEAN. Pihak PTDI turut menyahut “Cabaran Yellow Apron” ini dengan kerjasama Kolej Kediaman Sektor C, Perpustakaan Desa Seri Menanti, Muar dan 2 Tadika Kemas serta Tadika Pasti di daerah Segamat.

Puan Mawar Noor binti Abdullah, Pustakawan Kanan telah mengkoordinasikan program ini. Dapat dilihat, kanak-kanak yang menyertai program ini sangat gembira dan teruja apabila dibacakan buku cerita yang telah dipilih. Program ini juga bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran mendengar kanak-kanak bermula dari pendidikan awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *