Tarikh           : 10 Februari 2020 | Ahad
Tempat       : Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Segamat

Library Info Hunt telah berlangsung dengan jayanya di PTDI Kampus Segamat pada 10 Februari 2020. Aktiviti ini begitu meriah dengan kehadiran seramai 198 orang pelajar interim. Usaha ini dilihat dapat menarik minat pelajar baharu untuk mendalami lebih lanjut berkaitan fungsi dan peranan perpustakaan di sesebuah institusi. Aktiviti Info Hunt dilaksanakan dengan pelbagai pengisian berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di PTDI.

Para pelajar telah diberikan tugasan dimana mereka perlu berkunjung ke PTDI 2, bagi menjawab beberapa soalan mengenai, bayaran denda, EQPS, laporan kehilangan buku, koleksi yang terdapat di PTDI 2 dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai koleksi serta perkhidmatan yang disediakan di PTDI 2. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat mengaplikasikan penggunaan OPAC semasa melakukan aktiviti tersebut. Dengan cara ini, para pelajar akan lebih memahami dan mendalami cara penggunaan dan fungsi OPAC yang sekaligus dapat memudahkan urusan mereka bagi pencarian bahan bercetak.

Melalui aktiviti ini juga, para pelajar dapat mengenalpasti bahan bercetak yang boleh dipinjam sebagai sumber rujukan dan sekaligus mereka dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak PTDI 2. Dengan cara ini, ianya dapat memberi pendedahan awal mengenai proses peminjaman dan pemulangan buku dan dapat meningkatkan interaksi antara para pelajar dan staf perpustakaan. Diharapkan dengan aktiviti info hunt ini akan dapat menarik minat pelajar baru untuk terus berkunjung ke PTDI sepanjang sesi pengajian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *