Program : Mini Karnival Bakal Si Cilik
Tarikh : 19 Disember 2019
Tempat : Perpustakaan Tun Abdul Razak Aras 12, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

Pada 19 Disember 2019, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah mengadakan program khidmat masyarakat dalaman dengan mengadakan Program Read@Uni: Mini Karnival Bakat Si Cilik. Program ini diadakan sempena musim cuti sekolah hampir tamat (Back to School). Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara staf pentadbiran dan staf akademik UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya. Disamping itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Selain itu juga, anak-anak staf dapat menunjukkan bakat masing-masing dalam pertandingan yang telah dianjurkan. Program ini dapat mencungkil bakat anak-anak dan menjadi terapi minda sebelum anak-anak naik sekolah. Seramai 160 orang telah menyertai program tersebut.

Antara pertandingan yang telah diadakan adalah seperti berikut:
1. Pertandingan Mewarna (5-6 Tahun)
2. Pertandingan Mewarna (7-9 Tahun)
3. Pertandingan Mewarna (10-12 Tahun)
4. Pertandingan Mewarna (Dewasa)
5. Pertandingan Bercerita (Topik Bebas)
6. Pertandingan Dam Haji
7. Pertandingan Bey Blade

Read More : https://www.facebook.com/pusatsumberuitm.kbm/media_set?set=a.2496903977074445&type=3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *