Tarikh : 12 November 2019
Masa: 08.00 malam – 10.00 malam
Tempat : Dewan Indera Segara , UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Pada 12 November 2019 telah berlangsungnya program Knowledge Sharing Session With Heliza Helmi & Muhammad Faris yang dianjurkan Perpustakaan Al-Bukhari bersempena dengan Library Open Day 2019.

Lokasi program di dewan utama kampus bagi menampung jumlah penyertaan yang ramai. Program yang berkonsepkan bual bicara serta perkongsian pengalaman itu telah menjemput panel pertama Heliza Helmi sebagai penulis buku dan aktivis kemanusiaan serta panel kedua Muhammad Faris selaku CEO Nur El Hikmah Group, penulis buku dan alumni UiTM Cawangan Pahang.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk menggalakkan budaya membaca dikalangan pelajar serta berkongsi hasil pembacaan bahan yang mereka gemari. Melalui perkongsian yang berterusan, maklumat akan dapat disebar secara meluas.

Program ini berjaya menarik lebih dari 550 orang peserta termasuk pelajar dan staf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *