Tarikh : 15 November 2019
Masa: 03.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari , UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Pada 15 November 2019 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutup Libray Open Day bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari. Antara tentatif utama dalam majlis adalah Bicara Buku Bersama Rektor dan Timbalan Rektor HEP.

Bicara buku dimulakan oleh Dr. Fauzi Azmi, Timbalan Rektor HEP dan diikuti oleh Prof. Dr. Mohd Ilham Adenan, Rektor UiTM Cawangan Pahang. Dua panel ini menghuraikan bahan bacaan masing-masing dan bagaimana isi kandungan bahan tersebut telah serba sedikit mempengaruhi perjalanan hidup mereka.

Tujuan PAB menjemput 2 orang utama kampus ini adalah untuk menunjukkan kepentingan membaca untuk mendapatkan ilmu dalam sesebuah pentadbiran. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkebolehan mestilah seorang yang mementingkan ilmu melalui pembacaan. Ini juga dapat menarik pelajar untuk menjadikan membaca sebagai budaya yang sihat dan diterapkan dalam kehidupan seharian sebagai pelajar.

Program bicara buku ini memperlihatkan seramai 45 orang yang hadir termasuklah pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *