Tarikh : 14 November 2019
Masa: 08.00 malam – 10.00 malam
Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari , UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Pada 14 November 2019 telah berlangsungnya program Write to Heal with Perantis Akademi Bonda Nor yang bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari.

Program yang berunsurkan bual bicara itu telah menjemput panelis yang merupakan perantis Akademi Bonda Nor, iaitu sebuah akademi yang mendidik individu untuk menjadi seorang penulis yang mampu menjana pendapatan hasil jualan penulisan sendiri.

3 orang panel telah dijemput untuk berkongsikan pengalaman jatuh bangun dalam kehidupan sebenar sehingga berjaya. Turut dikongsikan bagaimana penglibatan dalam bidang penulisan dan dengan teknik penulisan yang betul, penulis menjadikannya kerjaya yang menjana pendapatan. Panel yang merupakan penulis buku turut mengulas buku yang telah dihasilkan sepanjang menjadi penulis.

Ini diharap menjadi pendorong kepada pelajar untuk menjadikan penulisan salah satu minat atau hobi mereka. Melalui penulisan juga, pelajar dapat mengawal stres dan kerungsingan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Program berjaya menarik lebih 95 orang pelajar yang meminati penulisan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *